Tak Nampak Apa?

Salam perkenalan ^_^


Blog Tak Nampak Ke? lahir pada hari Rabu, 7 Disember, 2011. Sebelum saya menukar kepada entri yang merujuk kepada program affiliate dan online shopping; ianya adalah blog yang dikelola oleh EmpayarUtama.


Sebelum ini beliau menyalin semua e-mel yang diterima dari rh_scarlet@yahoo.com dan diposkan ke dalam blog ini untuk kenangan peribadi.

Walaupun begitu, saya memilih blog ini kerana ia menggunakan template lama (klasik, versi 1.0) yang mudah untuk penyelenggaraan. Saya mendapat keizinan dari EmpayarUtama. untuk meneruskan entri di dalam blog ini dan kebetulan saya ada masa sementara menunggu panggilan menyambung pelajaran. Saya menyambut cabaran dari beliau untuk lihat potensi penjanaan wang menerusi program affiliate dan entri pertama saya terhasil pada 20 November 2019.


Oleh kerana agak baru dalam dunia blogging dan affiliate ini; banyak lagi yang saya perlu belajar dan EmpayarUtama. menjadi rujukan saya. Boleh kata posting entri saya selepas itu (sepanjang PKP 2020 hingga sekarang) banyak yang perlu diperbetulkan. Jadi jangan terkejut bila artikel-artikel di RSS Feed Entri saya bertarikh baru kerana sentiasa dikemaskini.

Selamat membaca; saya harap mendapat sokongan dari semua...



0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ajalah Apa-apa Punnnn...