Home » » Shopee

Shopee

EmpayarUtama - Sabtu, Disember 04, 2021 : No comments

Setakat yang diketahui, Shopee tiada program affiliate. Malah bukan Shopee sahaja yang tiada program affiliate, kebanyakan marketplace serta online shopping juga tiada program ini. Besar kemungkinan mereka sudah cukup stabil.

Manakala 'Shopee Ambassador Programme' pula lebih kepada perkongsian di media sosial di mana antara syaratnya perlu punyai lebih dari 1,000 pengikut. Saya tidak akan sentuh tentang ini.

Akan tetapi ada dua platform yang tawarkan komisen dari jualan produk Shopee. Syaratnya - perlu daftar menjadi affiliate mereka terlebih dahulu; dan selepas itu mohon untuk jadi affiliate Shopee untuk seterusnya membuat promosi produknya. Dua platform ini adalah InvolveAsia dan AccessTrade.

Jika ingin lakukan promosi produk Shopee; dicadangkan daftarlah kedua-dua platform di atas. Ini memudahkan sesiapa yang berminat untuk lakukan sebarang promosi produknya membuat perbandingan komisen - platform yang mana beri tawaran lebih baik. Boleh klik link/url yang disediakan untuk terus mendaftar sebagai affiliate.

Pembayaran komisen berbeza mengikut pembeli/pengguna - ‘pengguna baharu’ dan ‘pengguna sedia ada’.

Tinjauan iPrice Group menunjukkan suku tahun ke 3 (Julai - September 2021) di Malaysia; Shopee mendominasi 71 % daripada keseluruhan trafik web online shopping, diikuti Lazada dengan 18 %, dan PGMall dengan 9 %. Sekatan sepanjang PKP dimanfaatkan Shopee Malaysia dengan melancarkan beberapa promosi baucar makanan dan penghantaran percuma, yang menarik minat ‘pengguna baharu’ dan ‘pengguna sedia ada’. [Sumber asal : theborneopost @ 28.11.2021]

Shopee hanya beroperasi pada tahun 2015 dan dalam tempoh 6 tahun berjaya menarik purata lebih dari 57.5 juta pengunjung setiap bulan. Ia disokong oleh Sea Group, Singapura.


Sedikit maklumat tentang Shopee :

Pada Februari 2015, Shopee dilancarkan di Singapura sebagai pasaran yang mengutamakan sosial dan berteraskan mudah alih di mana pengguna boleh menyemak imbas, membeli-belah dan menjual. Disepadukan dengan sokongan logistik dan pembayaran, urusan membeli-belah dalam talian/shopping online menjadi mudah dan selamat untuk kedua-dua pihak penjual dan pembeli.

Platform berasaskan aplikasi melancarkan laman web untuk bersaing dengan laman web e-dagang lain di rantau ini seperti Coupang, Lazada, Tokopedia dan AliExpress. Untuk membezakan dirinya, Shopee menawarkan keselamatan beli-belah dalam talian melalui perkhidmatan escrow sendiri yang dipanggil "Jaminan Shopee", di mana ia menahan pembayaran kepada penjual sehingga pembeli menerima pesanan mereka.

Pada 3 September 2019, Shopee secara rasminya membuka ibu pejabat serantau enam tingkat baharunya di Singapore Science Park. Bangunan baharu itu mempunyai ruang seluas 244,000 kaki persegi (22,700 m2), yang boleh memuatkan 3,000 pekerja dan enam kali lebih besar daripada ibu pejabat sebelumnya di Bangunan Ascent. Bangunan itu sebelum ini disewa oleh WeWork di Singapura. Pajakan itu kemudiannya diserahkan kepada Shopee hasil daripada pengembangan pesatnya. Dengan berbuat demikian, ia mengukuhkan dorongannya ke dalam ekonomi digital.

Berminat untuk menjadi affiliate Shopee? Daftar di sini dahulu, ia percuma sahaja :




0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ajalah Apa-apa Punnnn...