Deals

EmpayarUtama - Khamis, Januari 13, 2022 : 1 comment

Ingat lagi kepada program affiliate InvolveAsia yang telah saya kongsi pada Disember 2020? Sebelumnya program ini telah cipta satu laman web sendiri yang dipanggil Deals yang menghimpun beberapa brands/marketplace besar ke dalam laman web Deals.

Laman ini menghimpun deals terbaru, diskaun dan kupon daripada brands popular seperti Lazada, shopee, Adidas, Nike, Zalora. Bermaksud, laman web ini menjadi lapisan ketiga selepas Produks ---> Brands/Marketplace asal (contohnya Lazada) ---> Deals (Marketplace Baru).

Oleh kerana telah menjadi 3 lapisan dan tiada produk sendiri; ia menawarkan CPUC (Cost Per Unique CLick) atau menawarkan pembayaran terhadap klik yang dihasilkan ke atas produk yang dipapar di dalamnya.

Ada dua (2) cara untuk mempromosikan produk menerusi program ini :

Pertama : Pamerkan banner yang disediakan; bakal pembeli klik untuk buka laman web tersebut (laman web Deals); bakal pembeli melihat produk-produk yang ada di situ dan seterusnya klik kepada produk/barangan yang mereka berminat. Setiap klik di situ akan menghasilkan wang kepada publisher/affiliate yang mempromosi laman web Deals tersebut.

Cara Kedua; langkau laman web Deals - tidak perlu menerusi banner yang disediakan tetapi terus pamer beberapa produk yang menjadi pilihan para publisher/affiliate; dan mungkin juga menjadi minat kepada bakal pembeli untuk mereka lihat dan klik imej produk tersebut untuk lihat maklumat terperinci produk tersebut.

Kini laman web tersebut dijenamakan sebagai 'Shopple' dengan imej banner yang lebih menarik :


Apa yang ada di dalam laman web tersebut? Ia adalah senarai produk terkini yang ditawarkan oleh brands terpilih (seperti Lazada, shopee, Zalora dan sebagainya) dan disusun mengikut penjenisan kategori. Antaranya seperti butang di bawah. Boleh pilih contoh butang yang saya letak untuk lihat produk-produk yang ditawarkan :


Setiap kategori ini apabila diklik belum lagi menghasilkan wang, tetapi akan pamerkan imej produk mengikut brands yang ada. Contohnya dalam Everything - kesemua produk imej akan dipaparkan.

Setakat ini produk-produk yang dipromosi boleh tahan menarik dan sesuai dibeli menerusi Shopple. Jika ditanya pendapat saya - banyak barangan terpilih di situ memang sesuai dibeli sebagai hadiah.

Di bawah ini saya tunjuk beberapa produk yang saya fikir turut menjadi minat pembaca untuk melihat lebih lanjut seterusnya memilih untuk dibeli sama ada untuk kegunaan sendiri ataupun sebagai hadiah, terutama dalam majlis perkahwinan atau sambutan harijadi. Support dan sokong saya ya, terima kasih.




1 Comments

1 ulasan:

  1. 20000+ pelawat ke laman web, blog, program gabungan, pautan rujukan anda
    hanya untuk 0 rubel/hari! + Pilihan program gabungan untuk tapak dengan sebarang kuantiti dan kualiti trafik!
    https://free-visits.ru/bpvk.php

    BalasPadam

Komen Ajalah Apa-apa Punnnn...