Sports Bra sesuai diguna untuk semua jenis saiz payudara. Kebiasaannya ia dikenakan sewaktu beraktiviti di gym. Dengan adanya jenis tali berukuran lebar, ada juga yang memakainya untuk tujuan kasual. Tidak kurang ada yang berani memakai dengan blaus tanpa butang yang akan kelihatan lebih anggun dan moden.
Penggunaan Sport Bra bertujuan menampung berat payudara supaya tidak terjejas dan kekal selesa sewaktu melakukan aktiviti lasak terutamanya sukan yang melibatkan pergerakan fizikal secara drastik.
Tidak kurang design yang agak penuh yang boleh saja dipakai seperti t-shirt tanpa lengan. Di bawah ini mari lihat beberapa jenis dan design sports bra yang ada di pasaran. Jika dilihat dari fungsi am sport bra secara keseluruhan, bentuknya hampir sama.
Setiap model dan jenis punyai maklumat yang berbeza. Untuk mendapat maklumat terperinci tentang jenis yang diminati, sila klik pada imej atau link yang disediakan :
Mereka yang memiliki saiz buah dada yang besar, anda digalakkan memilih tali yang bersaiz besar dan lebar bagi menyokong buah dada anda dengan baik. Terdapat pelbagai rekaan dan jenis tali yang terdapat di pasaran. Terdapat juga tali yang boleh di ubah suai mengikut kesesuaian anda (adjustable straps).
Terdapat reka bentuk untuk memberi sokongan yang berbeza. Anda digalakkan memakai bra “Shock Absorber” di mana dengan pemakaian bra ini buah dada anda tidak akan bergoyang semasa melakukan aktiviti sukan lasak seperti Aerobik dan mangakibatkan ketidak selesaan. Bra “Less/No Bounce” pula membantu anda bersukan dengan penuh keyakinan dan sesuai untuk sukan impak rendah dan sederhana.
Sedikit maklumat tambahan untuk jenis sports bra mengikut sukan/aktiviti (Kredit : kompas.com) :
Bra sukan jenis 'Compression sport bra' sesuai untuk anda yang gemar bersukan dengan intensiti impak rendah hingga sederhana, selain itu ia akan selesa untuk menyokong payudara dengan saiz cawan yang kecil. Tambahan pula, sports bra jenis ini mempunyai bentuk yang hampir serupa dengan jenis 'pullover', tetapi bezanya tiada built-in cup dalam bra tersebut.
Jenis 'pullover' sangat popular di kalangan remaja. Dengan bentuk yang serupa dengan hujung tangki dengan lapisan bawah elastik untuk menyokong payudara, bra sukan jenis ini sesuai untuk sukan berimpak rendah, seperti yoga. Tambahan pula, bra sukan jenis ini tidak digalakkan untuk wanita yang mempunyai payudara besar.
'Racerback' : Anda pastinya sudah biasa dengan jenis bra sukan ini yang begitu popular sejak sekian lama. Tali bahu belakang yang disambungkan ini menghasilkan bentuk Y di bahagian belakang. Tambahan pula, jenis ini sesuai untuk anda yang gemar bersukan dengan intensiti impak yang tinggi.
Bagi anda yang gemar bersukan dengan intensiti impak tinggi, maka 'Encapsulation sport bra' adalah pilihan yang tepat untuk menyokong aktiviti anda. Bra sukan jenis ini disokong oleh cawan yang berasingan dan direka khas dengan cawan yang ringan dan lembut. Didatangkan dengan cawan yang berasingan, coli sukan yang satu ini sesuai untuk menyokong payudara dengan saiz cawan yang besar. Perkara yang menjadi kelebihan sport bra jenis ini ialah tali boleh dilaras supaya dapat memberikan keselesaan maksimum apabila digunakan.
Jenis 'Criss-cross back' mempunyai tali silang di bahagian belakang. Kewujudan tali silang ini juga membantu memberikan sokongan yang kuat untuk menyokong payudara. Selain itu, bentuk tali silang di bahagian belakang turut membantu mereka yang memakainya kelihatan bergaya ketika bersenam.
Satu lagi jenis bra sukan di pasaran ialah 'Back clasp' atau 'kancing belakang', sejenis bra sukan yang kelihatan seperti bra yang digunakan untuk kegunaan harian. Kelebihan jenis ini ialah ia umumnya mempunyai cawan yang lembut supaya selesa dipakai untuk bersenam.