Home » » Pakaian Wanita - Bra

Pakaian Wanita - Bra

EmpayarUtama - Selasa, Mac 10, 2020 : No comments


Jika kita tahu saiz bra sendiri, tiada masalah untuk memilih dan membuat pembelian di dalam talian. Ini antara kelebihan berbanding memilih di kedai yang kadangkala kehadiran jurujual tidak membantu langsung. Tiba-tiba sahaja jadi keliru dengan saiz bra sendiri.

Kepelbagaian bra yang terdapat di pasaran pun agak memeningkan kepala. Jurujual di depan mata pula sibuk mempromosikan koleksi jenama pakaian dalam terkini. Sebenarnya yang penting adalah keselesaan dan manfaat kepada kesihatan payudara.

Untuk semua jenis saiz payudara; banyak pilihan jenis bra sebenarnya seperti Push-up Bra, Strapless Bra, Convertable Bra, T-Shirt Bra, Plunge Bra, Sport Bra, Built-in Bra, Sheer Bra, antaranya. Manakala jenis Full Cup Bra, Softcup Bra, Underwire Bra; sesuai untuk Cup C dan ke atas.

Jenis Padded Bra pula adalah untuk Cup C dan ke bawah di mana ia dilengkapi lapisan empuk berpad untuk memberi ilusi kepada payudara yang lebih kecil kelihatan sedikit menyerlah. Ia juga berfungsi untuk memaparkan bahagian dada yang lebih kemas.

Senarai 3 teratas ini Paling Laris di pasaran :


Untuk saiz Cup B dan ke bawah pula, jenis 'Demi Bra' disyorkan kerana mempunyai potongan cup separuh, dan sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai payudara kecil untuk menyerlahkan lagi bentuk payudara. Ia akan memberi efek seolah bentuk payudara anda kelihatan penuh dan mampat.

Push-up Bra dapat memantapkan bentuk payudara sekaligus menyerlahkan garisan lurah. Ia secara tidak langsung berperanan untuk memaparkan bentuk payudara yang lebih seksi, lebih-lebih lagi untuk payudara yang kecil.


Strapless Bra sesuai dipakai apabila menggenakan pakaian tanpa lengan. Convertable Bra pula datang dengan tali bra yang boleh dilaras dan boleh digayakan dengan pelbagai cara agar sesuai dengan pakaian yang digayakan. Bra jenis ini merangkumi elemen gaya dan sokongan.

Jenis T-Shirt Bra direka khas untuk dipakai bersama T-Shirt. Bra berenda selalunya tidak berapa sesuai untuk digayakan bersama T-Shirt kerana garisan fabrik berenda itu akan timbul pada kain T-Shirt yang agak nipis dan jarang. Oleh itu, sebagai alternatif, gayakan T-Shirt Bra ini kerana rekaan permukaannya lebih rata serta dilengkapi lapik pada bahagian dalam cup agar puting dan payudara sentiasa kemas.


Rekaan bra jenis 'Plunge' mempunyai jarak yang agak jauh dari cup sebelah kiri dan kanan. Bra ini sesuai digandingkan bersama pakaian yang mempunyai garisan leher yang agak rendah.

Penggunaan Sport Bra bertujuan menampung berat payudara supaya tidak terjejas dan kekal selesa sewaktu melakukan aktiviti lasak terutamanya sukan yang melibatkan pergerakan fizikal secara drastik.

Built-in Bra adalah nama lain kepada pelapik cup yang telah dilekap bersama dan berfungsi sebagai bra pada sebelah dalam bahagian baju atau siglet.


Sheer Bra boleh dikategorikan sebagai pakaian untuk tidur. ianya selalunya dibuat dari fabrikasi jarang dan mewah seperti renda, satin dan jaringan. Ia tidak mempunyai fungsi untuk menyokong pemakaian harian wanita seperti bra normal kerana kegunaan lebih sebagai suatu perhiasan yang seksi dan cantik.

Full Cup Bra memberi sokongan penuh kepada payudara. Cupnya menutup penuh payudara sehingga ke penjuru dada. Dengan itu bahagian dada akan tampak lebih kemas terutama sekali bagi mereka yang mempunyai payudara bersaiz besar.


Softcup Bra dibuat dari bahan dan fabrik yang lembut seperti kain renda, kain berjaring, satin dan lain-lain. Ia tidak mempunyai sebarang dawai tetapi masih boleh berfungsi sama seperti bra bersokongan yang lain. Underwire Bra pula dilengkapi dawai penyokong pada bahagian kelim bawah bra. Fabriknya sama seperti Softcup Bra.

sumber : berbagai-jenis bra.webarchivexml


0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ajalah Apa-apa Punnnn...