Sofa set berbentuk L (L-Shape) sangat menarik perhatian kerana mempunyai dwi fungsi - sebagai sofa dan juga menjadi katil. Boleh dikatakan sofa jenis ini menjadi pilihan dan banyak variasi di keluarkan oleh pengeluar perabot.
Furniture Farm juga menghasilkan banyak varian yang agak serupa untuk model L-Shape. Salah satunya seperti yang dipaparkan di bawah - BRAGA 3 Seater L-Shaped Sofa.
Setiap reka bentuk mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Ada yang menginginkan kawasan tempat tidur yang besar, yang lain pula mungkin mementing kan kemudahan transformasi.
Ketahanan sofa sebahagian besarnya ditentukan oleh bahan yang dipasang. Jika bingkai dipasang dari bahan yang berkualiti, maka sofa tersebut harus dianggap sebagai pembelian yang baik dan berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.
Sofa Set BRAGA 3 Seater ini sangat selesa dan sesuai untuk diletak di mana mana ruangan. Disertakan Dengan 2 Bolster Sisi Mini. Sofa berbentuk L yang sempurna sesuai untuk menghabiskan masa lapang anda.
Ia juga dilengkapi dengan rak/storan Majalah Mini di sisi sofa. Mudah alih bentuk L ke kiri atau kanan.
Bahan material terdiri dari kayu, span, kain poliester, dengan kaki logam.
Setiap fabrik dan warna pilihan membawa aura dan rasa yang berlainan.
Berikut adalah spesifikasi BRAGA 3 Seater L-Shaped Sofa dari Furniture Farm :
Brand : Furniture Farm
Sofa Type : Chaise
Model : BRAGA 3 Seater L-Shaped Sofa
Style : Modern
Pattern : Plain
Warranty Type : Local Manufacturer Warranty
Tempoh Jaminan : 1 Tahun
Khusus untuk rumah kediaman, lazimnya sofa adalah perabot yang paling penting dan diberi keutamaan oleh pereka hiasan dalaman. Ini kerana ruang tamu adalah tempat anda meraikan tetamu yang datang. Oleh itu, rekabentuk hiasan dan pemilihan sofa yang elegan akan memberi keselesaan kepada tetamu.
Sebagai pengguna, pilihan yang bijak adalah dengan membeli perabot berkualiti pada harga murah. Pastikan setiap ringgit yang anda belanjakan memberikan pulangan nilai untuk jangka panjang.
Membeli perabot seperti sofa merupakan salah satu pelaburan yang besar untuk rumah kita. Adalah lebih baik untuk kita tentukan bajet awal-awal.
Dengan menentukan bajet, kita dapat kecilkan pilihan sofa yang ada mengikut bajet. Walaupun harga selalunya menentukan kualiti satu-satu produk, kita pasti akan memperolehi sofa yang paling sempurna dan dalam lingkungan bajet kita.
Keselesaan pula sangat subjektif dan berbeza untuk setiap orang. Sesetengah orang rasa sofa yang mendap (sink in) itu adalah selesa. Ada yang rasa sofa yang tegap (firm) tu lebih selesa. Jadi pilihan yang terbaik adalah dengan kita rasa sendiri tekstur sofa itu sebelum membelinya.
Pertimbangkan pilihan model sofa yang anda perlukan dengan berhati-hati sebelum membeli.