Home » » Pakaian [Dalam] Lelaki

Pakaian [Dalam] Lelaki

EmpayarUtama - Rabu, Julai 28, 2021 : No comments


Bagi seorang lelaki, pemilihan pakaian bukanlah sesuatu yang begitu sukar. Dengan kemeja T dan seluar jeans, anda sudah boleh keluar rumah dengan penuh tampan dan yakin.

Beberapa jenis pakaian direka sebagai pakaian dalam sementara pakaian lain seperti kemeja T dan sesetengah seluar pendek sesuai digunakan sebagai pakaian dalam atau di pakai di luar. Pakaian dalam juga boleh digunakan sebagai baju tidur atau baju mandi bergantung kepada bahan ia dibuat.



Sesetengah jenis pakaian diistilahkan sebagai pakaian dalam, sementara yang lain, seperti T-shirt dan seluer pendek tertentu, adalah sesuai sebagai pakaian dalam dan pakaian luar. Jika dihasilkan dari bahan yang sesuai, sesetengah pakaian dalam juga digunakan sebagai pakaian malam dan baju mandi.

Pakaian dalam merupakan pakaian yang dipakai di bawah pakaian lain, sering kali bersentuhan dengan kulit. Ia menjauhkan pakaian luar daripada dikotorkan oleh peluh, kencing, mani, najis, dan kotoran lain; membentuk tubuh; dan memberikan sokongan pada sebahagian darinya.



Bagi lelaki yang berbadan gempal, seluar dalam jenis boxer briefs atau boxer shorts sangat bersesuaian kerana ia mampu membuatkan si pemakai berasa selesa dan masih kelihatan seksi! Boxer briefs juga kebiasaannya dihasilkan dengan kantung tiga dimensi untuk keselesaan sepanjang hari.

Boxer briefs dengan potongan pinggang yang rendah paling sesuai untuk lelaki yang mempunyai bentuk tubuh seperti buah pir kerana ikatan pinggang yang boleh mengembang mengikut badan sekali gus dapat membuatkan si pemakai tampak kemas selain sesuai untuk aktiviti lasak.




Bagi mereka yang punyai tubuh badan agak pendek, sesuai menggayakan seluar dalam briefs biasa atau trunk yang jenisnya mengikut potongan rendah dan mengikut bentuk kelangkang. Kebiasaannya jenis seluar dalam ini menjadi kegemaran kebanyakan lelaki tidak kira saiz. Jenis G-String juga sesuai.

Semi-long boxers pula lebih sesuai dengan lelaki yang mempunyai tubuh lampai kerana dapat menutup sebahagian peha. Begitu juga sesuai dengan boxers longgar.





Apapun, janji selesa. Yang penting, amalkan gaya yang sederhana dan pentingkan aspek 'simple but nice'.


0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ajalah Apa-apa Punnnn...