Home » , » Promosi

Promosi

EmpayarUtama - Khamis, Mac 31, 2022 : No comments

Sepanjang saya belajar berblog, lebih dari 140 posting yang saya telah kongsikan di sini.

Alhamdulillah walaupun tiada komen diterima dari pengunjung mungkin kerana semua postingan saya berbentuk komersial dan promosi; hasil dari perkongsian terutama komisen perabot sangat berbaloi.

Akan tetapi sepanjang bulan Mac ini ada beberapa program telah menukar/ menambah baik pautan link affiliate mereka.

Ini mengakibatkan beberapa pautan link yang saya kongsi tidak menuju ke laman produk yang dipromosi.

Oleh itu saya memohon maaf dan perlu mengambil sedikit masa untuk membetulkan semula pautan-pautan link tersebut. Ada sejumlah 30 entri yang terkesan kesemuanya. Saya juga perlu membetul atau membuang pautan asal yang telah saya kongsikan di media sosial lain.

Ini akan ambil masa kerana saya akan mula menyambung pelajaran secara bersemuka bermula April ini.

Saya harap para pembaca masih memberi sokongan kepada saya dan blog ini. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan terima kasih sekali lagi atas sokongan semua.


0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ajalah Apa-apa Punnnn...