Home » , » Pewarna Rambut

Pewarna Rambut

EmpayarUtama - Selasa, Julai 26, 2022 : No comments

Maaf kurang promosi kerana ini bulan peperiksaan.

Tetapi saya lihat ramai sudah mula bereksperimen beli pewarna rambut dalam talian. Ada yang jadi, serba tak jadi pun ada.

Sebetulnya penjualan produk pewarna rambut ada dua kategori, sama ada beli kat kedai, melalui shopee ataupun menerusi lazada.

Yang pertama ialah pewarna rambut sahaja. Maksudnya bila beli pewarna rambut - sama ada pembeli sudah sedia ada pemutih/peluntur warna (developer/bleach/peroxide/dioxygen milk [H2O2]) atau memang tak tahu yang pewarna rambut jenis yang dibeli itu kena campur dengan bahan lain.

Contoh antara pewarna rambut yang tidak menyediakan bahan pemutih tetapi ada beritahu yang penggunaannya mesti dicampur dengan dioxygen milk (H2O2) atau peroxide (dengan nisbah campuran 1:1). Ada juga terus beritahu ‘no Peroxide’ disediakan :

Yang kedua ialah pewarna rambut yang siap/lengkap dijual bersama pemutih/ peluntur warna (developer/ bleach/ peroxide/ dioxygen milk [H2O2]).

Ini antara yang tersedia ramuannya, tak perlu beli dua barangan untuk dicampur :

Boleh saja jika ingin beli mana-mana salah satu kategori di atas asalkan faham cara penggunaan. Setiap produk ada penerangannya di bahagian bawah jika kita skrol/baca. Jika tak baca, itu yang keluar komen negatif seperti "...tak jadi pun..."; "...rambut tak berubah warnalah..."; atau "...seller kencing/ tipu...".

Haa yang ini antara 'Set pemutih/peluntur (Bleaching)' sahaja. Jika nak beli bersekali dengan kategori pertama tadi untuk benar-benar menukar warna rambut, inilah yang sebetulnya :


0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ajalah Apa-apa Punnnn...