Hai semua. Sempena tahun baru 2023 ini, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru, semoga dikurniakan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah.
Tahun ini saya akan melangkah ke semester baru seawal Mac. Tinggal beberapa semester sahaja lagi untuk tamat pengajian, saya terfikir untuk lebih fokus pada pelajaran dan kurangkan perkongsian promosi.
Selepas menamatkan SPM 4 tahun lepas; Alhamdulillah saya telah berkongsi lebih kurang 160 promosi di blog 'Tak Nampak Ke?' bermula dengan menjadi affiliate produk perabot. Selepas menginap di asrama, saya lebih fokus dengan produk Shopee dan Lazada di mana pembaca dan bakal pembeli boleh membandingkan harga sebelum membuat pembelian.
Saya juga menjalankan blog berbahasa Inggeris dengan niat untuk meningkatkan bahasa Inggeris saya tetapi promosinya lebih seperti 'salin tampal/copy paste' kerana semuanya telah disediakan oleh pengiklan.
Selepas ini mungkin saya akan kurangkan promosi 'travel' kerana saya melihatnya sebagai produk bermusim. Begitu juga dengan beberapa produk yang buat promosi ikut musim. Tidak sesuai untuk dipromosikan dalam blog kerana jika dibacanya lagi akan datang - promosi tersebut telah tamat/tiada.
Jika saya ingin berkongsi maklumat tentang penjanaan pendapatan, komisen dari perabut memang hebat. Tetapi jika anda ingin menjana pendapatan tetap sepanjang masa; saya lebih suka Shopee atau Lazada. Dan pilihan yang lebih baik ialah Shopee dengan pengeluaran pembayaran yang mudah menerusi platform InvolveAsia. Itulah yang saya boleh simpulkan dari 2 tahun sebagai affiliate beberapa produk sebagai bahan eksperimen saya.
Saya berharap semua pihak akan terus memberi sokongan, tidak kira kepada saya, penaja affiliate atau pemilik produk. Jumpa lagi.