Bekas Simpanan Beras

EmpayarUtama - Khamis, Mac 03, 2022 : No comments

Mencari bekas makanan atau simpanan makanan untuk dapur yang teratur? Cubalah model ini untuk simpan beras atau bijirin kering lain di dapur.

Rasanya majoriti rumah akan ada sekurang-kurangnya satu unit bekas makanan beras seperti ini sekarang. Nampak lebih moden jika bosan melihat dapur lama yang sama.

Ciri Penyimpanan Makanan jenis ini; ia kedap udara, bebas BPA, boleh ditindan, dan datang dengan penutup. Di bahahgian atas penutup, ada ruang yang berfungsi untuk diletak barang untuk halau kutu beras. Contoh terbaik ialah letak letak cili kering.

Di pasaran Shopee, Bekas Simpanan Beras ini terjual melebihi 15,200 unit di kedai ini sahaja. Ia mendapat penilaian 4.9/5 Bintang di mana lebih dari 9,000 pembeli memberi penilaian 5 bintang.

Selain dari berguna menyimpan beras, barangan dapur lain juga sesuai diletak di dalam bekas ini. Terutama jika kita perlu menyimpannya dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa.


Bagi keluarga yang sederhana besar, rasanya cukup jika beli yang berkapasiti 5 kg. Tetapi jika untuk penyimpanan beras; yang berkapasiti 10 kg amat sesuai sekali.

Model ini didatangkan dengan dua (2) pilihan warna iaitu kelabu dan hitam di bahagian penutupnya. Warna badannya standard cerah. Reka bentuk penampilan yang bergaya, pembukaan satu kunci, penyimpanan tertutup serta kalis kalis air.


Cara penggunaannya tidak rumit, oleh itu memadai jika kita lihat beberapa struktur dan fungsi menerusi silder :




Strap / Tali Jam Tangan Perlon

EmpayarUtama - Khamis, Februari 24, 2022 : No comments

Jam tangan dan lelaki sukar dipisahkan. Jika wanita bergantung kepada barang kemas, jam tangan juga menjadi aksesori utama lelaki. Namun, penggunaan jam tangan sering dipandang remeh terutama bagi kaum lelaki. Menurut mereka, letak sahaja jam tangan di pergelangan tangan, dan segalanya sempurna.

Sebenarnya bukan begitu. Tali jam tangan direka menggunakan bahan yang berbeza. Yang pasti, tidak semua tali sesuai untuk situasi dan acara tertentu. Juga warna kulit atau alahan kepada kulit sipemakai.

Terdapat beberapa bahan yang diguna sebagai strap atau tali jam tangan. Ianya boleh jadi dari bahan getah, kanvas, nylon, nato (gabungan kanvas dan nylon), kulit (sepenuhnya; campur jahitan; atau grained [berbutir]), kayu, stainless steel (plain/kosong atau berangka [oyster]), antaranya.

Jenis yang kini mula mendapat perhatian kini ialah dari jenis Tali Jam Tangan Perlon.

Gaya tali ini kelihatannya semakin popular. Diperbuat daripada benang nylon yang bercantum dan dililit antara satu sama lain menjadikan tali ini sesuai untuk ramai lelaki. Malah remaja wanita juga mula meminati gaya ringkas ini. Satu ciri unik perlon ialah ia tidak mempunyai lubang untuk pin. Untuk memasang buckle, pin boleh menembusi lubang anyaman nylon tanpa memerlukan lubang. Inilah kelebihannya di mana ukurlilit lengan tidak mempengaruhi ukurlilit perlon.
Tali Jam Tangan Perlon Berkualiti Tinggi

Didatangkan dengan lapan (8) pilihan warna: beige, black, dark brown, dark grey, green, light grey, navy blue, dan merah; serta 3 saiz ukuran panjang iaitu 18mm, 20mm dan 22mm beserta buckle stainless steel. Serasi dan sesuai untuk semua jenis jam tangan seperti Rolex, Omega, Daniel Wellington, dan lain-lain jenama. Produk yang diimport sepenuhnya dari Eropah. Bekalan menerusi ketukangan terpilih dengan kawalan kualiti yang tinggi.

Lihat contoh-contoh seperti imej di bawah :

Apabila anda berada di pasaran untuk mencari pengganti tali jam tangan, jangan terkejut dengan banyaknya pilihan yang dijual dalam talian dan di kedai hari ini. Walaupun anda mungkin biasa dengan tali jam tangan logam dan kulit, terdapat pilihan lain yang boleh menjadi pilihan ideal untuk keperluan serta keinginan anda. Salah satu pilihan tersebut ialah Tali Jam Tangan Perlon, tali pengganti serba boleh yang menawarkan banyak faedah.

Tali Jam Tangan Perlon ialah tali jam tangan gantian yang diperbuat daripada nylon gentian sintetik. Tali jam tangan nylon telah digunakan oleh atlet, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota tentera selama bertahun-tahun kerana kekuatannya yang mengagumkan, dan Tali Jam Tangan Perlon ialah evolusi terkini dalam tali jam tangan nylon.


Proses dan kos penghantaran berbeza mengikut promosi semasa. Ia boleh jadi penghantaran percuma atau bergantung kepada jumlah pembelian minima yang ditetapkan untuk anda nikmati penghantaran percuma tersebut.


Pakaian Wanita - 3 Pilihan Non Slip Silicone Tube Bra

EmpayarUtama - Ahad, Februari 20, 2022 : No comments

Menggunakan bra secara terus menerus tentunya tidak baik untuk tubuh. Apalagi jika digunakan saat beristirahat atau tidur di waktu malam. Tapi tentunya anda tidak ingin membiarkan buah dada bergerak bebas yang mungkin menjadikan bentuknya tidak cantik. Bandeau Bra boleh menjadi pilihan untuk tujuan ini. Bahannya halus, menjaga bentuk payudara agar tidak mudah kendur.

Penggunaan bra tanpa tali bahu mampu meningkatkan rasa yakin. Banyak jenis bra tanpa tali bahu yang mampu membuat postur dan bentuk tubuh anda lebih baik. Buat yang suka menggunakan baju longgar one shoulder dress ataupun menggunakan gaun dedah belakang; penggunaan bra tanpa tali bahu merupakan pilihan yang tepat untuk tampilan yang maksima.

Bra tanpa tali bahu atau lebih dikenali sebagai Tube memiliki jenis yang berbeza. Untuk Tube yang memiliki sifat menempel atau melekat di badan dikenali sebagai Adhesive Bra. Ia umumnya memiliki bahan perekat yang sesuai untuk kulit seperti kertas pakai buang, silikon, atau kain halus perekat silikon.

Berapa banyak yang pernah anda dengar mengenai silikon bra? Menurut statistik, tidak semua wanita moden tahu tentang perkara-perkara seperti silikon bra.

Ia memberi bentuk payudara yang lebih menarik, menghilangkan kesan puting susu dan meningkatkan visual dada. Payudara bukan sahaja cantik dan selesa, tetapi juga lembut untuk disentuh. Di samping itu, ianya kalis air yang membolehkan anda menggunakannya bukan sahaja dengan gaun malam, tetapi juga di dalam baju renang.

Mari teruskan dengan melihat 3 pilihan Tube bersilikon yang saya sediakan :

Invisible Adhesive Shaping Silicone Nude Bra


Invisible Strapless Push-Up Silicone Butterfly Nu Bra


Non Slip Thick Pad Strapless Adhesive Silicon Nude Bra


Nota : Klik butang berlink untuk lihat lebih banyak imej/maklumat [boleh saja untuk tujuan perbandingan] walaupun anda belum buat keputusan untuk beli.


Inner Sarung Lengan + Sarung Muka 2 Dalam 1

EmpayarUtama - Sabtu, Februari 12, 2022 : No comments

Inner Sarung Lengan + Sarung Muka 2 Dalam 1 ini boleh digunakan semasa menunggang motorsikal, memancing, dan pelbagai kegiatan outdoor/luar untuk melindungi dari sinaran UV matahari.

Mungkin kerana didatangkan dengan sarung muka, ditambah dengan kepelbagaian guna yang meluas serta kehadirannya dengan pelbagai corak warna; ia menerima penilaian 5 Bintang penuh daripada hampir kesemua 4,800 lebih pembeli/penggunanya.

Terdapat 11 pilihan warna tersedia iaitu Black, White, Grey, Camouflage Blue, Camouflage Green, Camouflage Sky Blue, Camouflage Orange, Camouflage ArmyGreen, Camouflage RoyalBlue, Camouflage LightGrey, dan Grey Square.


Dari segi harga pula, setakat entri ini ditulis; Topeng/Sarung muka sahaja RM3.90; Inner sarung lengan sahaja (2 unit) RM5.30; Set [Topeng/sarung muka + Inner sarung lengan] RM8.90. Harga mungkin akan berbeza mengikut promosi semasa.

Penerangan produk : Syarikat Berdaftar Malaysia; stok tersedia, penghantaran dari Malaysia; penghantaran cepat - 1 hingga 2 hari bekerja; kualiti baik dan keadaan produk baik.

Panjang lengan 53cm, lebar atas 12cm, lebar bawah 9cm. Saiz mask/sarung muka 24 x 45cm. Ini adalah ukuran rata, sedikit ralat adalah saiz lebar. Bahan dibina dari 95% poliester dan 5% spandeks.

Unisex - Sarung lengan ini boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan.

Pakej termasuk set 2 Inner sarung lengan (sepasang) dan 1 Topeng/sarung muka. Anda boleh memilih untuk membeli 2 Inner sarung lengan (sepasang) sahaja, atau 1 Topeng/sarung muka, atau kedua-duanya sebagai 1 set [2 Inner sarung lengan + 1 Topeng/sarung muka].

Lihat beberapa maklumat lanjut berkenaan Inner Sarung Lengan + Sarung Muka 2 Dalam 1 ini menerusi slider di bawah :



Proses dan kos penghantaran berbeza mengikut promosi semasa. Ia boleh jadi penghantaran percuma atau bergantung kepada jumlah pembelian minima yang ditetapkan untuk anda nikmati penghantaran percuma tersebut.


Cermin Dinding LED Skrin Sentuh

EmpayarUtama - Isnin, Februari 07, 2022 : No comments

Cermin Dinding Skrin Sentuh dengan cahaya ambien ini memberikan anda cahaya kecerahan maksimum dari hadapan. Sesuai sebagai cermin bilik mandi dan cermin solek di dalam bilik. Dengan cermin dinding yang elegan ini, jadikan persekitaran rumah anda moden dan menyegarkan. Cermin jenis ini dilengkapi dengan sensor sentuh.

Produk ini sangat laris di pasaran Shopeee dan menerima rating 4.9/5 Bintang dan dibeli lebih 1,100 pembeli. Menerima rating 5 bintang daripada hampir separuh jumlah pembeli.

Cahaya ambien memberikan anda cahaya kecerahan maksimum dari hadapan. Reka bentuk bercahaya depan, tahan lama dan mudah diselenggara dan dibaiki. Penampilan yang tidak kelihatan, lebih cantik.

Ia adalah tambahan yang menarik kepada semua peralatan moden. Gaya ringkas dan cantik menggabungkan fungsi dan kecanggihan. Pencahayaan LED yang unik adalah item yang sangat diperlukan, menyediakan pencahayaan yang diperlukan untuk pembersihan dan berpakaian.


Ia mencipta penampilan semula jadi yang ideal dan boleh disesuaikan dengan mana-mana persekitaran. Dengan memilih teknologi LED yang betul dan menggabungkannya dengan reka bentuk yang elegan, cermin ini menghasilkan pencahayaan yang tahan lama, mesra alam dan penjimatan tenaga.

Cermin ini boleh menambah kecemerlangan dan gaya pada mana-mana hiasan bilik mandi atau bilik mandi. Sesuai untuk dandanan, mengeringkan rambut, bercukur, mencuci muka atau menjadikan rumah anda kelihatan serba baharu.

Menghilangkan bayang-bayang yang tidak diperlukan dan silau pada bahagian atas kepala, membolehkan kesan dandanan yang sempurna atau pengalaman bercukur yang hebat. Reka bentuk yang bergaya dan anggun akan menambah kemewahan dan daya tarikan pada mana-mana bilik. Sumber cahaya yang selamat sepenuhnya. Menggunakan butang sentuh yang sangat sensitif, anda boleh menghidupkan dan mematikan lampu.

Ia juga kelihatan hebat di restoran, spa, kedai mewah, bar, pertubuhan komersial dan hotel. Cermin solek moden dengan pencahayaan ini sesuai untuk kebanyakan suis.


Cermin jelas dengan Definisi Tinggi (HD), pemasangan dinding, mudah dipasang dengan bahan bingkai kaca ketebalan 25mm.

Lampu epoksi LED kalis air, jalur LED dengan cahaya siang. Didatangkan dengan Palam 2.5a, jenis palam UK (2 pin). Kawalan hidup/mati dan skrin sentuh pintar.

Bentuk bulat 4 jenis ukuran dengan ketebalan cermin 5mm. LED-50RD Diameter 50cm, LED-60RD Diameter 60cm, LED-70RD Diameter 70cm, dan LED-80RD Diameter 80cm.

Bentuk persegi juga 4 jenis ukuran dengan cermin ketebalan 5mm. LED-5060SQ Tinggi 50cm x Panjang 60cm; LED-5070SQ Tinggi 50cm x Panjang 70cm; LED-6070SQ Tinggi 60cm x Panjang 70cm; dan LED-6080SQ Tinggi 60cm x Panjang 80cm.

Mari lihat beberapa maklumat berkenaan Cermin Dinding LED Skrin Sentuh ini menerusi slider :




Proses dan kos penghantaran berbeza mengikut promosi semasa. Ia boleh jadi penghantaran percuma atau bergantung kepada jumlah pembelian minima yang ditetapkan untuk anda nikmati penghantaran percuma tersebut.