Home » » Strap / Tali Jam Tangan Perlon

Strap / Tali Jam Tangan Perlon

EmpayarUtama - Khamis, Februari 24, 2022 : No comments

Jam tangan dan lelaki sukar dipisahkan. Jika wanita bergantung kepada barang kemas, jam tangan juga menjadi aksesori utama lelaki. Namun, penggunaan jam tangan sering dipandang remeh terutama bagi kaum lelaki. Menurut mereka, letak sahaja jam tangan di pergelangan tangan, dan segalanya sempurna.

Sebenarnya bukan begitu. Tali jam tangan direka menggunakan bahan yang berbeza. Yang pasti, tidak semua tali sesuai untuk situasi dan acara tertentu. Juga warna kulit atau alahan kepada kulit sipemakai.

Terdapat beberapa bahan yang diguna sebagai strap atau tali jam tangan. Ianya boleh jadi dari bahan getah, kanvas, nylon, nato (gabungan kanvas dan nylon), kulit (sepenuhnya; campur jahitan; atau grained [berbutir]), kayu, stainless steel (plain/kosong atau berangka [oyster]), antaranya.

Jenis yang kini mula mendapat perhatian kini ialah dari jenis Tali Jam Tangan Perlon.

Gaya tali ini kelihatannya semakin popular. Diperbuat daripada benang nylon yang bercantum dan dililit antara satu sama lain menjadikan tali ini sesuai untuk ramai lelaki. Malah remaja wanita juga mula meminati gaya ringkas ini. Satu ciri unik perlon ialah ia tidak mempunyai lubang untuk pin. Untuk memasang buckle, pin boleh menembusi lubang anyaman nylon tanpa memerlukan lubang. Inilah kelebihannya di mana ukurlilit lengan tidak mempengaruhi ukurlilit perlon.
Tali Jam Tangan Perlon Berkualiti Tinggi

Didatangkan dengan lapan (8) pilihan warna: beige, black, dark brown, dark grey, green, light grey, navy blue, dan merah; serta 3 saiz ukuran panjang iaitu 18mm, 20mm dan 22mm beserta buckle stainless steel. Serasi dan sesuai untuk semua jenis jam tangan seperti Rolex, Omega, Daniel Wellington, dan lain-lain jenama. Produk yang diimport sepenuhnya dari Eropah. Bekalan menerusi ketukangan terpilih dengan kawalan kualiti yang tinggi.

Lihat contoh-contoh seperti imej di bawah :

Apabila anda berada di pasaran untuk mencari pengganti tali jam tangan, jangan terkejut dengan banyaknya pilihan yang dijual dalam talian dan di kedai hari ini. Walaupun anda mungkin biasa dengan tali jam tangan logam dan kulit, terdapat pilihan lain yang boleh menjadi pilihan ideal untuk keperluan serta keinginan anda. Salah satu pilihan tersebut ialah Tali Jam Tangan Perlon, tali pengganti serba boleh yang menawarkan banyak faedah.

Tali Jam Tangan Perlon ialah tali jam tangan gantian yang diperbuat daripada nylon gentian sintetik. Tali jam tangan nylon telah digunakan oleh atlet, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota tentera selama bertahun-tahun kerana kekuatannya yang mengagumkan, dan Tali Jam Tangan Perlon ialah evolusi terkini dalam tali jam tangan nylon.


Proses dan kos penghantaran berbeza mengikut promosi semasa. Ia boleh jadi penghantaran percuma atau bergantung kepada jumlah pembelian minima yang ditetapkan untuk anda nikmati penghantaran percuma tersebut.


0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ajalah Apa-apa Punnnn...