Home » » Statistik Statik, Ini 26 Pilihan Face Masks Untuk Lindungi Diri

Statistik Statik, Ini 26 Pilihan Face Masks Untuk Lindungi Diri

EmpayarUtama - Rabu, Februari 02, 2022 : No comments

Setelah majoriti warga mendapatkan dos kedua untuk melengkapkan vaksinasi; nampak penurunan ketara kes Covid-19 di Malaysia. Namun begitu, penurunan terhenti sekitar 4 angka dan kelihatan statik untuk 2 bulan terakhir ini.

Untuk sepuluh (10) hari terakhir dari 22 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022; statistik menunjukkan kenaikan walau mendatar dari bawah paras 4000 ia mula naik melebihi 5,500 kes harian (5,522 kes baru harian pada 28 Januari 2022). Jumlah kes sembuh harian pula sekitar 70-75% dari jumlah kes baru harian. Perbezaan ini menunjukkan kes baru tetap meningkat. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Selain mematuhi segala SOP, melakukan ujian kendiri di rumah, pemakaian mask setiap hari adalah yang paling penting. Apatah lagi kelonggaran perjalanan menjadikan risiko semakin terbuka.

Kita tidak tahu apa perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan selain memperkenalkan dos vaksin; terbaru untuk kanak-kanak pula. Proses melengkapkan vaksinasi 2 dos ditambah dengan pengambilan booster seolah-olah belum berjaya menurunkan angka kes baru harian kepada ratusan, puluhan, mahupun kepada angka digit tunggal.

Di sini saya kongsikan lebih 25 jenis face masks yang boleh anda perolehi melalui pembelian secara dalam talian. Belilah secara pukal kerana selain menjaga diri sendiri, kita jaga sekali keluarga dan galakkan semua orang memakainya setiap hari.

Nota : Klik imej atau link untuk lihat lebih maklumat [boleh saja untuk tujuan perbandingan] walaupun anda belum buat keputusan untuk beli.


Proses dan kos penghantaran berbeza mengikut promosi semasa. Ia boleh jadi penghantaran percuma atau bergantung kepada jumlah pembelian minima yang ditetapkan untuk anda nikmati penghantaran percuma tersebut.


0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ajalah Apa-apa Punnnn...