Home » , , , , , , » Selamat Tahun Baru 2025

Selamat Tahun Baru 2025

EmpayarUtama - Isnin, Disember 30, 2024 : No comments

Hai, selamat bertahun baru 2025 saya ucapkan kepada para pembaca sekalian.

Pertamanya maaf kerana baru saja kembali aktif mempromosi melalui blog setelah setahun menyepi. Ini kerana saya mempersiapkan diri dalam tahun akhir yang melibatkan peperiksaan dan beberapa kertas kerja.

Enam bulan terakhir pula ialah semester terakhir saya dan saya melakukan kursus intern.
Oleh kerana promosi yang saya lakukan majoritinya adalah promosi bermusim. Ini memberi maksud banyak link di dalam postingan sebelum ini masih wujud akan tetapi tempoh promosi atau produk promosinya sudah tiada.
Saya akan kekalkan semua postingan yang ada sebelum ini. Jika ada promosi baru untuk apa juga jenis promosi atau produk; ia akan kelihatan seperti postingan ulangan.

Saya juga mungkin akan kurang berblog selepas ini kerana lebih menumpukan kepada kerjaya tetap saya.

Fokus untuk tahun hadapan mungkin lebih bertumpu kepada destinasi menarik serta hotel penginapan menerusi laman web Trip; Klook dan juga Traveloka. Ini kerana mereka juga melibatkan pilihan penerbangan serta pilihan aktiviti menerusi kupon diskaun yang disediakan.

Pemegang kredit dan debit kad juga menikmati diskaun yang ditawarkan apabila membuat pembayaran.

Dengan ketersediaan IT; kini kita semua mudah melayari laman-laman web melalui applikasi yang disediakan. Jangan lupa untuk muat turun applikasi web Trip; Klook dan Traveloka untuk kemudahan anda.

Akhir kata, kepada semua para pembaca dan juga pempromosi yang seangkatan; diucapkan selamat maju jaya dan teruskan membaca.


0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ajalah Apa-apa Punnnn...

Klook.com