Sakat Menyakat

EmpayarUtama - Khamis, Januari 09, 2025 : No comments

Ini tentang laporan kemasukan pelancong 'antarabangsa', bukan domestik. Susulan dari berita pada 6 Januari, 2025 https://www.malaysiakini.com/news/730835 yang bertajuk : PM sakat Tiong, menteri patut bawa masuk duit, bukan minta lebih.

Antara petikan dalam laporan berita tu yang menarik seperti ... "Saya juga kata peranan kamu adalah kurangkan ke luar negara dan bawa warga asing datang ke sini. Tetapi kita punya menteri pelancongan banyak ke luar negara."

"Bergurau, bergurau. Jangan ambil serius sangat,"

Sehari selepas Tiong kena sakat dengan Anwar, Malaysiakini pula menyakat...


Ini laporan berita dari https://www.malaysiakini.com/news/730987 bertarikh 7 Januari, 2025 : Thailand lepasi sasaran 35 juta pelancong, jana 1.67 trilion baht

Antara laporannya : "Thailand mengalu-alukan lebih 35.5 juta pelancong antarabangsa pada 2024, melebihi sasaran 35 juta pelancong dan menjana pendapatan pelancongan sebanyak 1.67 trilion baht (100 Baht = RM13.04), kata Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Thianthong."


Cukup seminggu maklumat hasil pelancongan antarabangsa sepanjang tahun 2024 dah keluar.

Berapa pula sasaran Malaysia serta kemasukan sebenar pelancong antarabangsa sepanjang 2024, dan dari situ berapa pendapatan pelancongan berjaya dijana?


Kita berfikiran terbuka, jadikan ia sebagai Teguran Positif Kepada Menteri Pelancongan khususnya; MOTAC; dan kerajaan Malaysia amnya.


0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Ajalah Apa-apa Punnnn...

Klook.com