Memaparkan catatan dengan label Lampu Mini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lampu Mini. Papar semua catatan

Lampu Magnetik LED Continuous Dimmable Baseus

EmpayarUtama - Ahad, April 17, 2022 : No comments

Baseus Magnetic Continuous Dimmable LED Lamp ini antara produk yang popular di mana di Lazada; lebih dari 1,200 pengguna membelinya. Ia menerima penilaian atau rating yang amat bagus, 4.9 dari keseluruhan 5 Bintang. Daripada 1,294 ulasan/reviews yang diterima, 1,189 memberi penilaian 5 bintang.

Sementara itu, produk yang sama ini juga menghasilkan lebih dari 4,100 jualan di Shopee. Ia juga menerima penilaian atau rating yang tinggi : 4.9 dari keseluruhan 5 Bintang. Lebih dari 1,800 pembeli memberi penilaian 5 bintang terhadap produk ini. Teruja, kan?
Lampu LED ini mengeluarkan cahaya yang cerah dan sesuai untuk digunakan terutama oleh para pelajar yang masih menuntut di asrama. Lampu dengan reka bentuk magnet ini boleh menjimatkan ruang desktop dan hayat bateri yang panjang selama 24 jam. Ia tidak memerlukan kekerapan pengecasan.

Ia menawarkan pengalaman pencahayaan yang selesa kerana kecerahan boleh laras tanpa langkah, pencahayaan berbilang sudut, tiada bahaya cahaya biru dan tiada stroboflash yang boleh dilihat/tembusi.
Dengan ukuran saiznya yang kecil dan flexibel; penggunaannya malah lebih meluas. Saya mengesyorkan jika anda memang ingin membelinya, belilah lebih dari satu unit. Ini kerana selain dari kegunaan di dalam rumah seperti yang tertera di dalam gambar; ia juga boleh diletak di dalam almari pakaian; bilik air (jika berku kecemasan seperti elektrik terpadam).

Spesifikasi produk :
Brand : BASEUS
Light_bulb_type : LED
Light_effects : Colour-Changing
Light_bulb_colour : Multi
Material : Aluminium Mode lDGXC-C0G
Warranty Type : International Manufacturer Warranty
Tempoh Jaminan : 6 Bulan


Mari lihat beberapa fungsi; ciri-ciri; penerangan lanjut serta maklumat berkenaan Baseus Magnetic Continuous Dimmable LED Lamp ini melalui slider yang saya sediakan di bawah :


Penerangan Produk seperti yang tertera di dalam gambar : Reka bentuk magnetik; 24 jam hayat bateri; sudut cahaya boleh laras; pelarasan kecerahan tanpa langkah; tiada cahaya biru bahaya/tiada strobing yang kelihatan; kawalan sentuhan interaktif, pengaturcara pemasangan memori warna terang yang mudah, tekan selama 30 saat untuk kelewatan/delay mematikan 30 saat.

Dari segi pencahayaan; sumber cahaya - mentol LED, ada pelarasan cahaya terang, boleh dimalapkan dengan masa kerja - cahaya yang kuat selama 4 jam dan cahaya malap selama 24 jam. Fluks Bercahaya : ≥100 Lm, suhu warna : 4000k.

Daya diterima menggunakan sumber kuasa bateri boleh dicas semula; Kapasiti Bateri : 1800mAh; dan mudah mengecas menerusi Penyesuai USB, komputer atau mengunakan Power Bank.


Banyak aktiviti luar rumah telah dibenarkan oleh kerajaan. Oleh itu lampu ini juga boleh diguna di dalam aktiviti perkhemahan; menambah pencahayaan di dalam kereta; atau lampu sokongan di pantai sewaktu aktiviti barbeque. Memang berbaloilah :)


Lampu LED Penderia Gerakan Badan InfraRed

EmpayarUtama - Rabu, Januari 19, 2022 : No comments

Produk ini sedang popular kerana setakat ini di pasaran Lazada ia menerima penilaian 4.9/5 Bintang menerusi 1,995 pembeli/penilai; manakala di pasaran Shopee ia menerima penilaian 4.8/5 Bintang menerusi lebih 8,100 pembeli/penilai.

Dari jumlah tersebut, 1,814 pembeli memberi penilaian 5 Bintang di Lazada lebih dari 2,100 pembeli memberi penilaian 5 Bintang di Shopee.

Hampir semua stok bersaiz 15cm, 21 cm, 30cm, dan 50cm untuk kedua-dua warna - Warm Yellow serta Putih ada di Lazada. Shopee pula hanya tersedia stok bersaiz 10cm dan 30cm untuk warna putih; dan stok bersaiz 10cm, 21cm serta 30cm untuk warna Warm Yellow.

Cara penggunaannya : Tekan sekali = lampu statik. Tekan dua kali = lampu berkelip (menghidupkan mod gerakan). Mod gerakan berfungsi di dalam kawasan gelap. Tekan tiga kali = tiada cahaya. Tekan lama butang untuk melaraskan kecerahan.


Dihidupkan secara automatik apabila gerakan dikesan dalam jarak 10 kaki dan dimatikan selepas 15-18 saat jika tiada pergerakan, memanjangkan hayat bateri dan membolehkan lebih fleksibiliti.

Apabila teknologi menjadi lebih bergaya dan tidak mengganggu, semakin banyak isi rumah dan/atau syarikat nampaknya membeli sistem pencahayaan penderia gerakan. Teknologi pengesanan tenaga inframerah yang menjadi mekanisme utama dalam penderia cahaya, telah digunakan dalam banyak aplikasi lain sebelum aplikasinya diguna dalam peranti keselamatan dan sistem pencahayaan dalam rumah.

Ia termasuk asas magnet yang memudahkan untuk memasang atau melekat pada mana-mana permukaan logam. Walaupun anda tidak mempunyai sebarang permukaan logam yang sesuai, plat logam yang disertakan dengan pelekat 3M di dalam kotak boleh digunakan untuk bertindak sebagai medium antara magnet dan permukaan. 1 set plat logam disertakan dalam kotak.

Reka bentuk pelekat dan magnet 3M menjadikan pemasangan lampu induksi lebih mudah. Cahaya biasa, sensor gerakan, boleh dilaraskan. Bahan cangkerang (luaran) terbina dari aloi aluminium. USB Mikro boleh dicas semula (kabel disediakan). Bateri berkapasiti besar.

Kesan cahaya ia boleh dimalapkan (dimmable). Tiada jaminan/waranti disediakan untuk produk ini.

Mari lihat beberapa maklumat berkenaan Lampu LED Penderia Gerakan Badan InfraRed ini melalui slider di bawah :



Proses dan kos penghantaran berbeza mengikut promosi semasa. Ia boleh jadi penghantaran percuma atau bergantung kepada jumlah pembelian minima yang ditetapkan untuk kita nikmati penghantaran percuma.


Lampu Bulat Mini Smart Sensor

EmpayarUtama - Ahad, Disember 19, 2021 : No comments

Menjadi satu daripada kemudahan apabila kita sudah tidak perlu memetik suis lampu lagi. Dengan rekabentuk terkini yang kelihatan ringkas dan menarik, lampu sensor/sensitif penderia gerakan menanti anda.

Lampu ini juga berfungsi sebagai penjimatan tenaga, jika tiada sesiapa di sekeliling, persekitaran akan kekal gelap. Lampu penderia gerakan juga boleh berguna untuk sesetengah orang kurang upaya.

Cahaya LED dihasilkan oleh diod pemancar cahaya, komponen dengan elektrod yang dilalui oleh elektrik. Lampu LED cenderung bertahan lebih lama daripada lampu biasa.

Dengan bentuknya yang bulat leper serta kecil, sesuai dibeli dengan kuantiti yang banyak. Harganya amat murah - hanya RM7.50 seunit untuk model tanpa suis dan RM11.50 seunit untuk model bersuis (harga mungkin berubah mengikut masa dan bentuk promosi yang dijalankan).


Di pasaran Shopee, model ini hanya tersedia dengan cahaya berwarna putih, manakala di pasaran Lazada pula, keempat jenis model ini tersedia.

4 jenis model ini adalah model Cahanya Warm/Kekuningan (tanpa suis); model Cahaya Putih (tanpa suis); model Cahaya Warm/Kekuningan (dengan suis); dan model Cahaya Putih (dengan suis).

Sensor inframerah + kanta Fresnel, tiada induksi pada siang hari. Julat pengesanan yang luas, jarak pengesanan 0-3 meter, sudut penderiaan 120°.

Mod induksi, tidak perlu mematikan lampu secara manual, 25 saat secara automatik dimatikan/terpadam. Penggunaan kuasa rendah 4.6W, penjimatan tenaga, hayat yang panjang.

Cahaya yang selesa dan lembut, manik lampu LED berkualiti tinggi, tidak mengganggu mata anda. Dengan magnet, tidak akan jatuh.

Semua barang ada dalam stok. Kami menghantar dalam masa 24 jam selepas pesanan anda. Anda boleh menerima pakej dalam masa 1 hingga 3 hari. Diperiksa sebelum penghantaran dan dibungkus dengan betul untuk mengelakkan kerosakan semasa penghantaran.

Nota tambahan : Lampu ini hanya boleh dihidupkan dalam persekitaran gelap. Ia tidak akan dihidupkan jika penderia cahaya telah dikesan oleh cahaya yang mencukupi. Dan Tolong JANGAN pasang lampu ini di tempat bersuhu tinggi, jika tidak, suhu tinggi akan menjejaskan jalur pelekat, dan kemudian cahaya akan meluncur dengan mudah.

Mari lihat beberapa maklumat berkenaan Lampu Bulat Mini Smart Sensor ini melalui slider :



Pakej termasuk Lampu Bulat Mini Smart Sensor LED serta kabel USB.

Proses dan kos penghantaran berbeza mengikut promosi semasa. Ia boleh jadi penghantaran percuma atau bergantung kepada jumlah pembelian minima yang ditetapkan untuk kita nikmati penghantaran percuma.