Statistik Statik, Ini 26 Pilihan Face Masks Untuk Lindungi Diri

EmpayarUtama - Rabu, Februari 02, 2022 : No comments

Setelah majoriti warga mendapatkan dos kedua untuk melengkapkan vaksinasi; nampak penurunan ketara kes Covid-19 di Malaysia. Namun begitu, penurunan terhenti sekitar 4 angka dan kelihatan statik untuk 2 bulan terakhir ini.

Untuk sepuluh (10) hari terakhir dari 22 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022; statistik menunjukkan kenaikan walau mendatar dari bawah paras 4000 ia mula naik melebihi 5,500 kes harian (5,522 kes baru harian pada 28 Januari 2022). Jumlah kes sembuh harian pula sekitar 70-75% dari jumlah kes baru harian. Perbezaan ini menunjukkan kes baru tetap meningkat. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Selain mematuhi segala SOP, melakukan ujian kendiri di rumah, pemakaian mask setiap hari adalah yang paling penting. Apatah lagi kelonggaran perjalanan menjadikan risiko semakin terbuka.

Kita tidak tahu apa perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan selain memperkenalkan dos vaksin; terbaru untuk kanak-kanak pula. Proses melengkapkan vaksinasi 2 dos ditambah dengan pengambilan booster seolah-olah belum berjaya menurunkan angka kes baru harian kepada ratusan, puluhan, mahupun kepada angka digit tunggal.

Di sini saya kongsikan lebih 25 jenis face masks yang boleh anda perolehi melalui pembelian secara dalam talian. Belilah secara pukal kerana selain menjaga diri sendiri, kita jaga sekali keluarga dan galakkan semua orang memakainya setiap hari.

Nota : Klik imej atau link untuk lihat lebih maklumat [boleh saja untuk tujuan perbandingan] walaupun anda belum buat keputusan untuk beli.


Proses dan kos penghantaran berbeza mengikut promosi semasa. Ia boleh jadi penghantaran percuma atau bergantung kepada jumlah pembelian minima yang ditetapkan untuk anda nikmati penghantaran percuma tersebut.


6 Pilihan Kit Ujian Kendiri Di Bawah RM10

EmpayarUtama - Isnin, Januari 24, 2022 : No comments

Kita faham sekarang kerajaan sudah buat yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat. Namun setelah pengambilan booster dilakukan, kes Covid-19 masih belum berjaya diturunkan.

Terkini kerajaan menambahbaik maklumat keberadaan kita serta mudah untuk maklumkan status kesihatan di applikasi MySejahtera untuk kemudahan semua pihak.

Di samping pemakaian facemask, serta segala usaha pencegahan baik dari pihak kerajaan mahupun kita sendiri bila berada di luar; adalah lebih baik jika kita membuat ujian kendiri melalui Kit Ujian Kendiri yang banyak berada di pasaran.

Saya kongsikan di sini 6 jenis Kit Ujian Kendiri di pasaran yang berharga bawah RM10.00. Yang keenam tu paling murah, harganya bawah RM5.00. Belilah dengan kuantiti pukal kerana selain penggunaan yang kerap; akan ada diskaun dengan pembelian yang banyak.




Penggunaan Kit Ujian Kendiri di rumah ini amat berguna bila kita berasa was-was setelah keluar ke mana-mana tempat yang kita tidak pasti terdapat jangkitan atau tidak. Ini juga memberi kelegaan bila status ujian 'Negatif' kepada ahli keluarga yang berada di rumah. Kasihan mereka bila tidak keluar tetapi dijangkiti oleh kita yang bergerak jika keputusan ujian adalah di sebaliknya.


Lampu LED Penderia Gerakan Badan InfraRed

EmpayarUtama - Rabu, Januari 19, 2022 : No comments

Produk ini sedang popular kerana setakat ini di pasaran Lazada ia menerima penilaian 4.9/5 Bintang menerusi 1,995 pembeli/penilai; manakala di pasaran Shopee ia menerima penilaian 4.8/5 Bintang menerusi lebih 8,100 pembeli/penilai.

Dari jumlah tersebut, 1,814 pembeli memberi penilaian 5 Bintang di Lazada lebih dari 2,100 pembeli memberi penilaian 5 Bintang di Shopee.

Hampir semua stok bersaiz 15cm, 21 cm, 30cm, dan 50cm untuk kedua-dua warna - Warm Yellow serta Putih ada di Lazada. Shopee pula hanya tersedia stok bersaiz 10cm dan 30cm untuk warna putih; dan stok bersaiz 10cm, 21cm serta 30cm untuk warna Warm Yellow.

Cara penggunaannya : Tekan sekali = lampu statik. Tekan dua kali = lampu berkelip (menghidupkan mod gerakan). Mod gerakan berfungsi di dalam kawasan gelap. Tekan tiga kali = tiada cahaya. Tekan lama butang untuk melaraskan kecerahan.


Dihidupkan secara automatik apabila gerakan dikesan dalam jarak 10 kaki dan dimatikan selepas 15-18 saat jika tiada pergerakan, memanjangkan hayat bateri dan membolehkan lebih fleksibiliti.

Apabila teknologi menjadi lebih bergaya dan tidak mengganggu, semakin banyak isi rumah dan/atau syarikat nampaknya membeli sistem pencahayaan penderia gerakan. Teknologi pengesanan tenaga inframerah yang menjadi mekanisme utama dalam penderia cahaya, telah digunakan dalam banyak aplikasi lain sebelum aplikasinya diguna dalam peranti keselamatan dan sistem pencahayaan dalam rumah.

Ia termasuk asas magnet yang memudahkan untuk memasang atau melekat pada mana-mana permukaan logam. Walaupun anda tidak mempunyai sebarang permukaan logam yang sesuai, plat logam yang disertakan dengan pelekat 3M di dalam kotak boleh digunakan untuk bertindak sebagai medium antara magnet dan permukaan. 1 set plat logam disertakan dalam kotak.

Reka bentuk pelekat dan magnet 3M menjadikan pemasangan lampu induksi lebih mudah. Cahaya biasa, sensor gerakan, boleh dilaraskan. Bahan cangkerang (luaran) terbina dari aloi aluminium. USB Mikro boleh dicas semula (kabel disediakan). Bateri berkapasiti besar.

Kesan cahaya ia boleh dimalapkan (dimmable). Tiada jaminan/waranti disediakan untuk produk ini.

Mari lihat beberapa maklumat berkenaan Lampu LED Penderia Gerakan Badan InfraRed ini melalui slider di bawah :



Proses dan kos penghantaran berbeza mengikut promosi semasa. Ia boleh jadi penghantaran percuma atau bergantung kepada jumlah pembelian minima yang ditetapkan untuk kita nikmati penghantaran percuma.


Deals

EmpayarUtama - Khamis, Januari 13, 2022 : 1 comment

Ingat lagi kepada program affiliate InvolveAsia yang telah saya kongsi pada Disember 2020? Sebelumnya program ini telah cipta satu laman web sendiri yang dipanggil Deals yang menghimpun beberapa brands/marketplace besar ke dalam laman web Deals.

Laman ini menghimpun deals terbaru, diskaun dan kupon daripada brands popular seperti Lazada, shopee, Adidas, Nike, Zalora. Bermaksud, laman web ini menjadi lapisan ketiga selepas Produks ---> Brands/Marketplace asal (contohnya Lazada) ---> Deals (Marketplace Baru).

Oleh kerana telah menjadi 3 lapisan dan tiada produk sendiri; ia menawarkan CPUC (Cost Per Unique CLick) atau menawarkan pembayaran terhadap klik yang dihasilkan ke atas produk yang dipapar di dalamnya.

Ada dua (2) cara untuk mempromosikan produk menerusi program ini :

Pertama : Pamerkan banner yang disediakan; bakal pembeli klik untuk buka laman web tersebut (laman web Deals); bakal pembeli melihat produk-produk yang ada di situ dan seterusnya klik kepada produk/barangan yang mereka berminat. Setiap klik di situ akan menghasilkan wang kepada publisher/affiliate yang mempromosi laman web Deals tersebut.

Cara Kedua; langkau laman web Deals - tidak perlu menerusi banner yang disediakan tetapi terus pamer beberapa produk yang menjadi pilihan para publisher/affiliate; dan mungkin juga menjadi minat kepada bakal pembeli untuk mereka lihat dan klik imej produk tersebut untuk lihat maklumat terperinci produk tersebut.

Kini laman web tersebut dijenamakan sebagai 'Shopple' dengan imej banner yang lebih menarik :


Apa yang ada di dalam laman web tersebut? Ia adalah senarai produk terkini yang ditawarkan oleh brands terpilih (seperti Lazada, shopee, Zalora dan sebagainya) dan disusun mengikut penjenisan kategori. Antaranya seperti butang di bawah. Boleh pilih contoh butang yang saya letak untuk lihat produk-produk yang ditawarkan :


Setiap kategori ini apabila diklik belum lagi menghasilkan wang, tetapi akan pamerkan imej produk mengikut brands yang ada. Contohnya dalam Everything - kesemua produk imej akan dipaparkan.

Setakat ini produk-produk yang dipromosi boleh tahan menarik dan sesuai dibeli menerusi Shopple. Jika ditanya pendapat saya - banyak barangan terpilih di situ memang sesuai dibeli sebagai hadiah.

Di bawah ini saya tunjuk beberapa produk yang saya fikir turut menjadi minat pembaca untuk melihat lebih lanjut seterusnya memilih untuk dibeli sama ada untuk kegunaan sendiri ataupun sebagai hadiah, terutama dalam majlis perkahwinan atau sambutan harijadi. Support dan sokong saya ya, terima kasih.




Klook.com